MATLAMAT-MATLAMAT FPK
1) MATLAMAT INTRINSIK
- Matlamat FPK terhadap pembangunan insan ialah setiap warganegara akan memperoleh:
i. Ilmu
ii. Mahir
iii. Berakhlak
iv. Beragama
v. Tanggungjawab
vi. Sejahtera diri
👉 KRITERIA
- Berilmu pengetahuan - Individu yang berilmu pengetahuan merujuk kepada mereka yang sentiasa berfikiran luas dan terbuka. Mereka juga sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pembacaan, menumpukan perhatian dalam melakukan sesuatu perkara serta mengambil pengajaran dengan setiap perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga akan memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk diri mereka serta orang lain.
- Berketerampilan - Individu yang berketerampilan pula ialah mereka yang berkebolehan dalam melaksanakan tugas dengan lebih bertanggungjawab dan cemerlang. Sebagai contoh, mereka memastikan setiap tugasan atau amanah yang dipertanggungjwabkan kepada mereka dilaksanakan mengikut ketetapan serta sempurna.
- Berakhlak mulia - Individu berakhlak mulia ialah mereka yang mengetahui nilai baik dan buruk serta dapat membezakan antara kedua-duanya. Sebagai contoh, mereka tidak mudah terpengaruh dengan sikap atau aura negatif di sekeliling mereka. Hal ini kerana mereka menyedari kesan daripada setiap perlakuan sama ada perbuatan baik ataupun buruk. Melalui perkara ini, nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan dapat diterapkan dan dihayati dalam diri individu.
- Pegangan agama - Individu yang mempunyai pegangan agama ialah mereka yang mengikuti dan mengamalkan ajaran agama. Mereka juga mengakui bahawa manusia dan seluruh kejadian alam dijadikan oleh Pencipta. Selain itu, mereka juga turut menyedari bahawa setiap manusia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perbuatan yang dilakukannya.
- Bertanggungjawab - Individu yang bertanggungjawab ialah mereka yang menyedari tugas adalah amanah yang wajib dilaksanakan. Sebagai contoh, mereka menjalankan tugasa dengan bersih, cekap dan amanah. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari tugas dan tanggungjawab yang diamanhkan perlu dilaksanakan dengan sempurna.
- Sejahtera diri - Individu yang mampu mewujudkan perhubungan yang baik pula ialah individu yang mempunyai sikap sejahtera diri. Fikiran yang waras, jiwa tenang dan badan yang sihat juga merupakan aspek yang ditekankan dalam sejahtera diri. Hal ini bagi memastikan individu mempunyai ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.
2) MATLAMAT EKSTRINSIK
- Matlamat yang merujuk kepada sumbangan setiap warganegara
- Warganergara Malaysia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran :
KELUARGA
- Sebahagian besar kehidupan anak di dalam keluarga, sehingga pendidikan ialah perkara yang paling banyak diterima anak adalah dalam keluarga. Keluarga sebagai lembaga pendidikan memiliki beberapa fungsi iaitu fungsi dalam perkembangan keperibadian anak dan mendidik anak di rumah dan fungsi keluarga atau orang tua dalam mendukung pendidikan di sekolah.Keluarga yang harmoni, gembira, bahagia dan makmur lahir daripada individu yang mempunyai berperwatakan unggul. Justeru, pendidikan yang berkesan penting dalam melahirkan individu yang mampu mentransformasikan keluarganya menjadi lebih baik sama ada dari segi mobiliti sosial serta ekonomi.
MASYARAKAT
- Pendidikan dapat membina perpaduan antara kaum dan memunculkan perasaan kasih sayang antara anggota masyarakat, saling bertoleransi dan menghormati antara satu sama lain. Sebagai contoh, msyarakat digalakkan berkomunikasi dan prihatin sesama masyarakat yang berlainan bangsa. Selain itu, masyarakat juga disarankan mendidik anak-anak mereka bergaul dengan rakan-rakan berlainan bangsa dan agama. Dengan cara itu, masyarakat dapat menjadi suri teladan dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.
NEGARA
Sumbangan warganegara dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan adalah dengan menggalakkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan pendidik dan pelajar. Contohnya, melaksanakan program perpaduan dan juga menggalakkan aktiviti gotong-royong di sekolah. Hal ini demikian, dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim tanpa mengira agama, bangsa mahupun warna kulit dan dapat mengelakkan perpecahan kaum yang membawa kepada pergaduhan.
- Mengekalkan kestabilan negara
- Memupuk keharmonian keluarga
- Bersemangat patriotik dan cintakan negara
- Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara
- Mematuhi, mengekal dan mempertahankan perkembangan
- Memajukan ekonomi bangsa dan negara dengan menggunakan sains dan teknologi
- Memupuk kerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan dan hormat-menghormati untuk perpaduan
¹psikomotor : istilah psikologi iaitu pergerakan tubuh yg berkaitan dengan aktiviti mental.
Comments
Post a Comment