ELEMEN-ELEMEN FPK

Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)







Dengan berpandukan kepada pernyataan falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara

Berlandaskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, maka dapat diringkaskan terbahagi kepada empat elemen utama seperti berikut :


Elemen

Penjelasan

Intelek

  • Ilmu yang bermanfaat
  • Daya pemikiran yang logik dan analitik
  • Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
  • Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran

Rohani

  • Kemantapan jiwa
  • Keyakinan kepada Tuhan
  • Kepercayaan dan kepatuhan kepada agama
  • Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat

Emosi

  • Memupuk kasih sayang
  • Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan
  • Menekankan tentang perasaan dan tingkah laku terkawal

Jasmani

  • Berkaitan dengan kecergasan fizikal diri manusia
  • Jasmani merupakan keupayaan psikomotor¹ yang dimiliki oleh seseorang

 

INTELEK

Unsur intelek ialah mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain itu, setiap individu mestilah sentiasa berusaha untuk mengembangkan lagi ilmu yang benar. Unsur intelek juga ialah berkemahiran dalam berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Untuk terus memastikan kemajuan dalam keluarga masyarakat dan negera, individu perlu untuk berkonsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.

 Mengikut kajian, individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam kendiri. Fungsi pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat FPK, unsur intelek memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira), menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk kemajuan negara.

 

ROHANI

Menyedari dan percaya kepada Tuhan ialah salah satu daripada unsur rohani. Kita mestilah bersyukur dengan pemberian tuhan dan mempunyai akhlak yang mulia dan berpegang dengan nilai-nilai murni supaya dipandang tinggi oleh masyarakat.
Dalam perkembangan unsur rohani, penekanan tumpuan ialah kepada sifat kejiwaan dan kebatian, iaitu mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan dapat memupuk dan membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia.

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang amat penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita mesti mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui bahawa Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam. Selain itu, kita juga mesti menyedari bahawa setiap fenomena alam merupakan peraturan yang telah ditetapkan oleh tuhan. Setiap individu mesti bertanggungjawab ke atas segala perbuatan dan tindakannya. Setiap individu juga mesti mengamalkan setiap ajaran agama yang dianutinya.

 

EMOSI

Unsur emosi pula ialah mempunyai emosi yang matang dan stabil serta dapat memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang sesama insan. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan amatlah penting bagi mengeratkan serta mengukuhkan lagi kekuatan masyarakat kita yang berbilang kaum dan bangsa.

Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat, iaitu memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal, memiliki perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaran yang muhibbah, kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian

 

 JASMANI

Dari segi perkembangan unsur jasmani pula, penekanan tumpuan adalah kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti memperkembang kepada tahap keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri ataupun melakukan riadah dengan sempurna; Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat dan akhir sekali ialah meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

Unsur ini ialah menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Mestilah mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

Comments